45 jenama tempatan masuk senarai

Superbrands Malaysia 2024

Penerima Anugerah Superbrands 2024. – Foto NSTP/Izairi Shamsudin

KUALA LUMPUR: Superbrands Malaysia 2024 memberi penghargaan dan penghormatan kepada 45 jenama tempatan, semalam.

Menariknya, buat kali pertama acara anugerah edisi ke-16 ini, menyaksikan jumlah tertinggi jenama tempatan yang berjaya memasuki senarai Superbrands membabitkan jenama baharu dan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Jenama yang berjaya mendapat penghargaan Superbrands ialah Apacs; Blank Malaysia; Bunga Raya Ku’s; Crolla, Dentist Malaya; Dora Slimming, Dr Anne Skincare, Dr Cove Reluire; Empire Sushi, Eplas, Fazsfaozi; Fitztox, GKB, G-Tech, Haier, Herbal Recipes dan Hurix’s.

Turut diberi anugerah ialah Jonsson Protein; Jorayc Cosmestic International; JV Auto Lube; Kapten Batik, London Weight Management; Masdora, Maverick Schools; Megalive; Multimedia University, My Flavor; MyDobi; New York Skin Solutions.

Pan Uniform; Perfume Paradise; PinkandBelle; Ruby-Cell Malaysia; Shakura Pigmentation Beauty; Skiset, Sommer, St Guchi; Supercube; Sweetlab, TCK Bon, Vempire, Victoria Facelift, Wirakata Global Sdn Bhd, Yaya Empire dan Yun Nam Hair Care.

Anugerah disampaikan Pengerusi Persatuan Pengamal Perhubungan Awam Malaysia, Datuk P Kamalanathan.

Anugerah Superbrands Malaysia, yang dianggap sebagai tonggak penting pencapaian melalui penjenamaan dalam dunia korporat, disampaikan kepada jenama pemenang yang diwakili ketua pegawai eksekutif, pengarah urusan, pengarah pemasaran dan eksekutif pemasaran.

Sementara itu, Pengarah Superbrands Malaysia, Mike English, berkata penganugerahan berkenaan umpama suatu acara pameran menarik untuk menonjolkan jenama serta mempromosikan kejayaan mereka, sekali gus bagi eksekutif kanan berkumpul meraikan status Superbrands masing-masing.

Anugerah yang disampaikan kepada jenama ini adalah hasil kerja keras mereka dan diharap ia mampu menjadi inspirasi bagi terus mencapai kecemerlangan dengan kekal berpegang pada nilai yang membawa kepada kejayaan berkenaan.

“Malam ini, kami mengiktiraf kerja keras, semangat dan keazaman yang membawa anda ke sini. Kami juga meraikan pemimpin, pasukan dan komuniti yang menjadi nadi serta jiwa bagi setiap jenama.

“Anda sudah menerima cabaran, menghadapi persaingan dan kekal dengan misi anda. Kekuatan itulah yang menjadikan anda sebagai ‘Superbrands’,” katanya.

Sementara itu, Kamalanathan berkata, penjenamaan membawa erti yang sangat besar dalam meletakkannya dalam fikiran pengguna pada kedudukan tepat.

Beliau berkata, pihaknya juga kagum kerana produk buatan Malaysia mampu berkembang baik sehingga banyak jenama tempatan berjaya menghasilkan reputasi positif.

“Walaupun produk dihasilkan di kilang, jenama itu ‘dicipta’ dalam fikiran.

“Anda semua berusaha membuktikan kelayakan untuk berdiri dalam kalangan yang sama atau menjadi pilihan lebih unggul daripada jenama lama dan tradisional,” katanya.

Disediakan oleh Oleh Suzalina Halid – November 9, 2024 @ 10:42am

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/11/1321562/45-jenama-tempatan-masuk-senarai-superbrands-malaysia-2024

November 9, 2024

45 jenama tempatan masuk senarai Superbrands Malaysia 2024

45 jenama tempatan masuk senarai Superbrands Malaysia 2024 Penerima Anugerah Superbrands 2024. – Foto NSTP/Izairi Shamsudin KUALA LUMPUR: Superbrands Malaysia 2024 memberi penghargaan dan penghormatan kepada […]
November 9, 2024

Superbrands Malaysia 2024 recognises 45 top local brands

Superbrands Malaysia 2024 recognises 45 top local brands Superbrands Malaysia Director, Mike English during his speech at Superbrands Malaysia 2024 Awards at Shereton Petaling Jaya. NSTP/EIZAIRI […]
May 21, 2024

Laundromat Chain Opens Brunei 13th Outlet

Laundromat Chain Opens Brunei 13th Outlet Ribbon-cutting marks the launch of MyDobi’s 13th outlet. PHOTO: RAFI ROSLI Laundromat chain MyDobi expanded its franchise in the Sultanate […]
April 23, 2024

MyDobi Bandung dibuka, outlet ketiga di Sibu

Sim (empat kiri) memotong reben sempena pembukaan MyDobi Bandung.. MyDobi Bandung dibuka, outlet ketiga di Sibu SIBU: MyDobi, kedai dobi layan diri 24 jam, hari ini […]
April 17, 2024

myDobi opens 10th outlet in Mata-Mata

From suds to success: A laundry businesswoman’s journey MIRI (Feb 3): In the bustling world of entrepreneurship, Sheila Sim has emerged as a shining example of […]
March 28, 2024

Opening Soon: Tanah Jambu

Opening Soon: Tanah Jambu myDobi Tanah Jambu in Brunei is nearing completion and will be opening soon! . Click the link below for locationhttps://maps.app.goo.gl/vL8P1shvuH2REoV4ANo.2, Ground Floor, […]
February 3, 2024

From suds to success: A laundry businesswoman’s journey

From suds to success: A laundry businesswoman’s journey MIRI (Feb 3): In the bustling world of entrepreneurship, Sheila Sim has emerged as a shining example of […]
January 9, 2024

7 Days Free Wash: Matang Parade

7 Days Free Wash: Matang Parade Outlet Celebrate 𝟳 𝗗𝗮𝘆𝘀 𝗙𝗿𝗲𝗲 𝗪𝗮𝘀𝗵 in Kuching!   12 Jan 2024 – 18 Jan 2024 To celebrate the official opening […]
December 3, 2022

MyDobi – largest self-service laundry shop in Sabah

MyDobi chairman Hong Heng How (left), CEO Sheila Sim (second left) and treasurer Winnie Sim (second right, back) MyDobi – largest self-service laundry shop in Sabah […]